Monday, December 3, 2012

Solat Sunat




Assalamu'alaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Rabbi zidnee 'ilma nafeean. :) Akan mulakan prkongsian ttg solat sunat yg dituntut pd malam ini.

Antara solat sunat yg dituntut dalam Islam adalah :

# solat sunat tahajjud,

# solat sunat witir 

# solat sunat dhuha. 


Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu, Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah Isra’; ayat 79)


Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Sesiapa yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud)


Ssungguhnya Allah SWT mnganugerahkan kpd kamu solat yg lebih baik drpd brsedekah beberapa ekor unta yg smpurna & baik iaitu Solat Witir." (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)


Berikut adalah panduan ringkas dan sebagai panduan kepada kalian yg mahu mencuba membiasakan solat sunat muakkad ini :)


SOLAT SUNAT TAHAJJUD 

1. Niat - Usolli sunnatat tahajjudi rak'ataini lillahi ta'ala - Sahaja aku solat sunat tahajjud kerana Allah ta'ala.

2. Baca Al-Fatihah utk rakaat 1 dan 3. Bacaan slps Al-Fatihah: Rakaat 1 - Ayat Al-Qursi (7 kali), Rakaat 2 - Surah Al-Ikhlas (11 kali) ATAU 

Rakaat 1 - Surah Al-Kafirun. Rakaat 2 - Surah Al-Ikhlas. 3. Tertib (beri salam)

SOLAT SUNAT DHUHA 

1.  Niat - Usolli sunnatadh Dhuha rak'ataini lillahi ta'ala - Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah ta'ala.

2. Baca Al-Fatihah utk rakaat 1 dan 2. Bacaan slps Al-Fatihah: *Rakaat 1 - Ayat al-Qursi (10 kali) *Rakaat 2 - Surah Al-Ikhlas (10 kali) ATAU

Rakaat 1 - Surah As-Syams. Rakaat 2 - Surah Ad-Dhuha ATAU Rakaat 1 - Surah Al-Lail. Rakaat 2 - Surah Al-Insyirah. 3. Tertib


SOLAT SUNAT WITIR ( 2 rakaat )

1. niat - Usolli sunnata witri rak'ataini lillahi ta'ala - Sahaja aku solat sunat Witir 2 rakaat kerana Allah ta'ala.

2. Baca Al-Fatihah pd rakaat 1 dan 2. Bacaan slps Al-Fatihah: *Rakaat 1 - Surah Al-Lail (sunat) *Rakaat 2 - Surah Al-Kafirun.

Kemudian tertib memberi salam dan bangun niat untuk witir 1 rakaat. (kerana solat sunat witir mesti ganjil bilangan rakaatnya)

SOLAT SUNAT WITIR ( 1 rakaat )

Niat: Usolli sunnata witri rak'atan lillahi ta'ala - Sahaja aku solat sunat witir 1 rakaat kerana Allah ta'ala.

Baca Al-Fatihah pd rakaat 1 itu, dan kemudian bacalah Surah Al-Mu'awwizat (3 Qul) selepasnya, iaitu Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.

Kemudian tertib, memberi salam.




Done. Alhamdulillah sekian sahaja perkongsian saya pada malam ini. Jazakumullahu khairan kathira kerana sudi mengikuti prkongsian saya ;)


* semoga memberi manfaat kepada semua, Assalammualaikum :DD


Love,
Ariena





No comments:

Post a Comment

any comments from pretty ladies & hot guyss ?
leave your comments HERE,okayhh !
thankyou ;)