Alhamdulillah, kita semua dipanjangkan umur untuk menyambut Ramdhan1433H tahun ini, alhamdulillah yaAllah. Sangat sangat beruntung apa ntah lagi dapat menyambut Ramadhan bersama keluarga tersayang. Walaupun, tahun ni saya sedih sebab tak dapat nak puasa penuh, tapi apakan daya, itu antara salah satu fitrah kehidupan bagi setiap hamba Allah yang bergelar status wanita.
Sebenarnya, ada hikmah mengapa Allah memberi kelebihan bercuti pada setiap bulan. Pada pendapat saya, jika seseorang wanita itu mendapat kelebihan ber'cuti' puasa pada bulan Ramdhan, ia nya merupakan satu rezeki. kenapa? kerana Allah tahu setiap wanita. yang juga merupakan tulang belakang bagi setiap ketua keluarga atau pun dipanggil suami, ataupun kepada semua anak perempuan akan mengalami situasi yang sangat sangat sangat sibuk, di mana para wanita dalam sesebuah institusi keluarga itu akan mula bertungkus lumus pada akhir Ramadhan untuk menyiapkan segala kelengkapan ketika menyambut kedatangan Aidilfitri.
Sangat sangat sibuk sehingga ada satu masa saya terlalu sibuk menolong ibu di dapur untuk menyiapkan moreh, saya terlupa untuk mandi. Allahuakhbar ! HEHE :D
Marilah kita semua sama sama sedekahkan Al Fatihah buat arwah Muhammad Fariq iaitu, jiran rumah saya, yang juga kawan sekolah agama, kawan sepermainan masa kecik kecik dulu, sedih nya arwah pergi terlalu awal, mungkin Allah lebih menyayangi arwah. Semoga Allah tempatkan arwah dikalangan orang orang yang beriman. Amin Ya Rob. Semoga ahli keluarga arwah tabah menghadapi dugaan pada bulan Ramadhan tahun ini. Allahuakhbar !
Notes : Bersyukur Alhamdulillah, dapat menyambut raya tahun ni. Amin ;)
Love,
Ariena
Ariena

No comments:
Post a Comment
any comments from pretty ladies & hot guyss ?
leave your comments HERE,okayhh !
thankyou ;)