Thursday, February 23, 2012

pathetic

Bismillahirrahmanirahim
Assalammualaikum wbt

Kehadapan semua pembaca yang disayangi,harini  2012-02-21 hari jumaat yang indah.saya  Nur Ariena Nasyihah binti Nor azhar ingin menyusun sepuluh jari di atas segala kekhilafan saya sepanjang bergelar hamba Allah di muka Bumi yang indah dan permai ini.Saya ingin meminta maaf kepada semua rakan,sahabat,mahupun kawan yang saya hargai.terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menjadi kawan saya,untuk berkongsi suka dan duka,gelak dan nangis bersama.akan ku kenang hingga akhir hayat jua.ampun maaf ku pinta kerana ku tidak mampu menjadi kawan yang diimpikan oleh semua.ku hanya menjadi kawan hanya mana yang mampu.terimakasih kerana susah senang bersama,terimakasih juga di atas nasihat yang amat bermanfaat untuk diriku.

Buat keluarga tercinta,yang amat ku sayangi,ku rindui..terima kasih diatas belaian kasih saying IBU DAN AYAH yang tidak pernah putus asa serta penah lelah untuk mencaari rezeki dan nafkah untuk kami sekeluarga.ampunkan lah dosa-dosa kecil kami sekeluarga YaAllah.Engkau permudahkanlah kedua ibu dan ayah ku untuk mencari rezeki dan nafkah buat kami sekeluarga.Ringankanlah beban mereka YaAllah.permudahkanlah urusan dan setiap gerak geri IBU DAN AYAH kami YaAllah.kau panjangkanlah usia kami sekeluarga agar kami sentiasa dapat beribadah hanya kepada-Mu.YaAllah YaRahman YaRahim,kau permudahkanlah perjalanan kami sekeluarga pada titian Siratul Mustakim di Padang Masyar nanti YaAllah.Kau jauhkanlah kami sekeluarga YaAllah daripada azab api neraka dan seksaan kubur..dan kau permudahkanlah urusan kami sekeluarga didunia untuk kami memasuki syurga Jannah dan syurga Firdaus-Mu YaAllah.sesungguhnya ku terlalu rindu akan kasih mereka YaAllah.YaAllah,sesungguhnya kau lah pemberi rezeki,kau turunkanlah rezeki dengan melimpah ruah ke atas keluarga kami.

Buat si dia yang ku gelar BAKAL SUAMI,hanya Allah saja yang mengetahui dimana kedudukan mu sebenar.Ku sentiasa berdoa kepada Illahi agar Dia sentiasa melindungi dirimu,menjaga iman serta amalan mahmudahmu.semoga Tuhan memberkati hubungan kita sehingga akhir hayat.Walau dimana jua mu berada,ku sentiasa doakan buat mu agar sentiasa diberikan kejayaan yang cemerlang dunia dan akhirat.



jika mu sedang bekerja wahai bakal suami ku,ku sentiasa doakan semoga Tuhan sentiasa merahmati setiap pekerjaan yang mu lakukan. Semoga Tuhan mempertemukan kita di waktu dan di tempat yang dirahmati Allah.Salam Ukhuwah Fillah ku ucapkan buatmu !

Love,
Ukhti Ariena

No comments:

Post a Comment

any comments from pretty ladies & hot guyss ?
leave your comments HERE,okayhh !
thankyou ;)